Laporan Rbt Pendawaian Elektrik Izzat

April 10, 2017 | Author: Anonymous | Category: Documents
Share Embed


Short Description

skru# pena ujian# penjalur wayar dan lain ' lain lagi (etika menjalankan akti)iti pendawaian# saya telah belajar mengena...

Description

REFLEKSI IZZAT BIN ISMAIL PISMP P4J REFLEKSI PENDAWAIAN ELEKTRIK

Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniannya saya telah melakukan amali kursus pendawaian elektrik untuk kali pertama pada 14 oktober 2014. Amali pada kali ini berkaitan dengan litar elektrik dimana pelajar perlu memasangnya sendiri berdasarkan litar yang telah diberikan oleh pensyarah iaitu Encik Azhar B. Mat Akhir. Ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana memberi tunjuk ajar dalam pengajaran dan pembelajaran amali pendawaian elektrik ini berlansung. Sepanjang menjalankan pendawaian elektrik ini, banyak ilmu yang telah saya pelajari. Antaranya dari segi mengenal pasti alat-alat yang terdapat dalam pendawaian elektrik. Sewaktu menjalankan pendawaian elektrik, saya perlu menjalankan pendawaian elektrik yang mempunyai dua soket, satu suis lampu dan tapak, satu lampu pendaflour, plug 3 pin , mentol, kabel dan juga kotak nagi menghidup dan mematikan aliran elektrik. Saya juga dapat mengenal pasti peralatan yang digunakan ketika pemasangan pendawaian elektrik antaranya pemutar skru, pena ujian, penjalur wayar dan lain – lain lagi Ketika menjalankan aktiviti pendawaian, saya telah belajar mengenal pasti aliran elektrik seperti neutral berdasarkan warna wayar. Selain daripada itu juga, saya juga dapat mempelajari kaedah memasang wayar dengan betul berdasarkan litar . Tambahan lagi, saya kurang kepakaran dalam membuat proses pendawaian dengan betul. Ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada saya untuk belajar memasang wayar mengikut bahagian dengan betul dan sebagainya. Melalui proses pemasangan pendawaian elektrik ini juga, saya turut belajar mengenal pasti bagaimana memasang pendawaian ini dengan menggunakan alatan disamping mengenal pasti nama alatan, bahan dan juga komponen yang digunakan Akhir sekali, sepanjang saya menjalankan amali pemasangan pendawaian elektrik, pelbagai perkara yang telah saya pelajari. Ini sekurang-kurangnya dapat membantu saya sewaktu mengajar mahupun berada di rumah. Segala ilmu yang berguna ini akan saya aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.

View more...

Comments

Copyright © 2017 DATENPDF Inc.